Bersalah perdaya wanita beri sumbangan, dua lelaki didenda

KANGAR, 17 Disember – Dua individu didenda RM4,000 setiap seorang setelah mengaku bersalah menyalahgunakan jawatan bagi memperdaya seorang wanita untuk memberikan wang sumbangan berjumlah RM800, tahun lalu.

Tertuduh, Azizi Ahamad dan Syaharizul Sahar, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh seorang Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) Perlis dan rakannya telah menipu seorang wanita bagi mempercayai bahawa sumbangan berjumlah RM300 telah diberikan kepada penduduk kampung, sedangkan wang itu telah digunakan olehnya sendiri.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah menipu wanita sama sebanyak RM500 menggunakan kaedah yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lorong Bakau 4, Kampung Bakau pada 3 dan 4 September 2024.