Albert Tei, Shamsul akan didakwa sogok, terima suapan

PUTRAJAYA, 3 Disember – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan seorang ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing bakal berdepan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Kedua-dua mereka akan dituduh di dua mahkamah berasingan dengan empat pertuduhan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata mereka juga akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam Jumaat ini, masing-masing dengan satu pertuduhan.

Menurut beliau, Shamsul Iskandar akan dituduh mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan menerima suapan.

Manakala Albert Tei akan didakwa di bawah Seksyen 17(B) terhadap kerana memberi suapan.

“Masing-masing akan menghadapi empat pertuduhan, dan jika didakwa di Shah Alam pada Jumaat, akan ada satu pertuduhan tambahan di bawah seksyen yang sama,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Azam berkata siasatan dijalankan secara intensif dalam tempoh seminggu dengan 32 saksi telah dipanggil, tidak termasuk tiga individu yang ditangkap bagi membantu siasatan.

Beliau turut menepis dakwaan tular mengenai proses serbuan terhadap Albert Tei, termasuk dakwaan bahawa pegawai tidak mengeluarkan senarai pembongkaran dan kononnya mengacukan pistol ketika operasi.

“Semua dakwaan itu tidak benar, dan pegawai penyiasat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa bukti termasuk rakaman video dan CCTV telah diserahkan kepada pihak polis.

Siasatan dibuat setelah Tei mendedahkan dia menyogok Shamsul Iskandar melalui pelbagai pembelian dan bayaran, termasuk tunai, bagi mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah bagi mendapatkan lesen prospek perlombongan di negeri itu.

Berita penuh menyusul