PM adakan pertemuan dua hala dengan Iraq, Thailand

KUALA LUMPUR, 25 September – Malaysia perlu mencari dasar baharu yang lebih segar, teratur dan berdaya maju untuk menangani kelemahan pengurusan lembangan sungai, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlu dasar baharu teratur dan berdaya maju untuk urus lembangan sungai secara menyeluruh.
  • Dasar segera diperlukan untuk atasi kelemahan pengurusan lembangan sungai.
  • Usaha melestarikan sungai mesti dilaksanakan tuntas, bukan langkah separa.
  • Kualiti air sungai merosot, banyak sampah mengotori permukaan dan dasar sungai.
  • Plastik seperti botol dan beg kini menjadi pencemar paling merosakkan sungai.

Dasar baharu yang lebih teratur dan berdaya maju perlu segera dirangka untuk mengatasi isu kelemahan pengurusan lembangan sungai.

Titah baginda, ini penting bagi memastikan usaha melestarikan sungai dapat dilaksanakan secara tuntas (menyeluruh).

“Kebanyakan air sungai menjadi keruh, dan ada ketika berbau dan bertukar warna. Sampah sarap dan pelbagai buangan lain bertompokan dari hulu hingga ke hilir baik di permukaan begitu juga di dasar sungai.

“Bukan sahaja kualiti airnya berada pada tahap yang tidak lagi sesuai untuk kegunaan manusia, malah sarat dengan sampah sarap dan yang paling mencemari serta merosakkan sungai ketika ini ialah botol, beg dan bahan-bahan plastik,” titah baginda ketika melancarkan buku Tafsir Mawdui Sungai di Institut Asia-Eropah Universiti Malaya di sini, hari ini.

(Datuk Seri Anwar bersama Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin)