Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 10 November – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai untuk menstabilkan kadar jangka pendek.
  • Lebihan mudah tunai dianggarkan besar dalam pasaran konvensional dan dana Islam.
  • BNM mengadakan dua tender repo berbalik bagi tujuh dan 30 hari.
  • Tawaran repo berbalik, jual beli balik dan kemudahan Murabahah disediakan pelbagai tempoh.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM32.31 bilion dalam pasaran konvensional dan RM24.86 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 30 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.8 bilion dan RM24.9 bilion dalam tender semalaman Murabahah. – BERNAMA