Undian draf resolusi Pelan Damai Gaza, awal minggu depan

NEW YORK, 15 November – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB bakal mengadaan pengundian pada Isnin, mengenai draf resolusi untuk menyokong pelan damai Gaza yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan pengundian Isnin mengenai draf resolusi pelan damai Gaza.
  • AS dan Rusia mengemukakan draf bertentangan menyebabkan percanggahan antara kuasa veto.
  • Rusia menuntut pengiktirafan Palestin, dengan China memberi isyarat sokongan kepada draf Rusia.
  • G7 menyeru Majlis Keselamatan memberi mandat segera untuk melaksanakan pelan damai Gaza.

Bagaimanapun, AS dan Rusia telah mengemukakan draf resolusi yang saling bertentangan sekaligus mencetuskan pencanggahan dalam kalangan kuasa veto majlis berkenaan.

Duta AS ke PBB, Mike Waltz berkata Majlis Keselamatan perlu merintis jalan ke arah keamanan berkekalan dengan menyokong resolusi berkenaan.

“AS serta beberapa negara Arab lain seperti Mesir, Arab Saudi dan Turkiye meminta Majlis Keselamatan PBB segera menerima pakai resolusi berkenaan,”katanya dalam The Washington Post.

Rusia bagaimanapun, telah mengemukakan draf sendiri yang antara lain termasuk pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara.

China telah memberi isyarat bersedia menyokong draf Rusia.

Negara-negara demokrasi utama Kumpulan Tujuh (G7), awal minggu ini telah menggesa mandat Majlis Keselamatan PBB, memastikan pelaksanaan segera pelan damai Gaza.

Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Majlis Keselamatan PBB berulang kali tidak sepakat mengenai konflik berkenaan. – AFP