WASHINGTON, 17 Disember – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan peluasan larangan perjalanan ke AS dengan menghalang kemasukan rakyat dari tujuh lagi negara termasuk Syria.
Menurut kenyataan White House, langkah itu selaras dengan kempen Trump untuk mengetatkan dasar imigresen dan bertujuan menghalang kemasukan warga asing yang kononnya berniat mengancam keselamatan rakyat AS.
“Larangan terbaru itu melibatkan Burkina Faso, Mali, Niger, Sudan Selatan, Syria dan pemegang pasport Pihak Berkuasa Palestin (PA).
“Turut terlibat Laos dan Sierra Leone, yang sebelum ini hanya tertakluk kepada sekatan separa. Ia berkuat kuasa mulai 1 Januari,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, Trump menambah sekatan separa ke atas 15 negara lagi, termasuk Nigeria, Tanzania dan Zimbabwe.-REUTERS

