WASHINGTON, 12 Disember – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mampu mengekalkan hubungan kerja yang baik dengan China disamping mengekalkan pakatan yang kukuh dengan Jepun, kata White House.
Jurucakap White House, Karoline Leavitt, dalam taklimat media berkata bahawa Jepun adalah sekutu hebat AS yang terbukti melalui hubungan peribadi dan hubungan perdagangan berterusan antara kedua-dua negara.
“Bagi China pula, presiden juga mempunyai hubungan kerja yang baik dengan Presiden Xi Jinping, yang beliau percaya adalah perkara positif untuk AS.
“Trump berpendapat AS perlu berada dalam kedudukan untuk mengekalkan hubungan baik dengan China dan mengekalkan pakatan yang sangat kukuh dengan Jepun,” kata Leavitt.

