Trump isytihar fentanyl sebagai senjata pemusnah massa

WASHINGTON, 16 Disember – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menandatangani perintah eksekutif yang mengklasifikasikan fentanyl sebagai senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

“Dengan perintah eksekutif bersejarah yang saya tandatangani hari ini, AS secara rasmi mengklasifikasikan fentanyl sebagai senjata pemusnah besar-besaran, kerana itulah yang sebenarnya.

“Tiada bom mampu melakukan apa yang dilakukan oleh bahan ini. Dua hingga tiga ratus ribu orang meninggal dunia setiap tahun akibatnya, dan sekarang kita secara rasmi mengklasifikasikannya sebagai senjata pemusnah besar-besaran,” kata Trump dalam satu majlis di White House.

Trump sebelum ini menjadikan penyeludupan fentanyl sebagai faktor untuk mengenakan cukai perdagangan (tarif) terhadap Mexico, Kanada dan China.

Majlis itu disertai oleh beberapa wartawan, di mana Trump turut mempamerkan perintah eksekutif yang telah ditandatangani.-REUTERS