Serangan dron Rusia rosakkan 25 rumah, sebuah pusat perubatan di Kramatorsk

KRAMATORSK, 17 Disember – Sekurang-kurangnya 25 rumah persendirian dan sebuah pusat perubatan rosak selepas kawasan perumahan di Kramatorsk menjadi sasaran serangan dron Rusia pada awal pagi Rabu.

Datuk Bandar Kramatorsk, Oleksandr Honcharenko berkata, serangan tersebut berlaku antara jam 10.22 malam hingga 10.43 malam, membabitkan tiga dron jenis Geran-2.

Menurut beliau, dron berkenaan menyasarkan sebuah kawasan perumahan persendirian serta sebuah kemudahan kesihatan.

“Setakat pagi ini, tiada laporan mengenai korban jiwa,” katanya.

Rakaman di lokasi menunjukkan kemusnahan ketara di kawasan perumahan susulan serangan pada waktu malam itu.

Kramatorsk terletak di wilayah Donetsk dan sering menjadi sasaran serangan sejak konflik Rusia–Ukraine berlarutan.-REUTERS