PORT SUDAN, 7 Disember -Puluhan orang awam termasuk kanak-kanak terbunuh selepas sebuah hospital dan tadika di bandar Kalogi diserang dron disyaki oleh kumpulan Rapid Support Forces (RSF).
Serangan yang berlaku pada Khamis itu melibatkan tiga gelombang serangan, kata ketua unit pentadbiran Kalogi, Essam al-Din al-Sayed, kepada AFP.
UNICEF melaporkan lebih daripada 10 kanak-kanak berusia antara lima hingga tujuh tahun terbunuh dalam serangan itu,.
Manakala Kementerian Luar ymenyatakan angka keseluruhan kematian pada 79 orang, termasuk 43 kanak-kanak.
“Membunuh kanak-kanak di sekolah mereka adalah pelanggaran hak kanak-kanak yang amat dahsyat,” kata Wakil UNICEF untuk Sudan, Sheldon Yett, sambil menggesa semua pihak menghentikan serangan dan membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan.
Sejak April 2023, puluhan ribu nyawa terkorban dan memaksa hampir 12 juta orang melarikan diri akibat konflik tentera Sudan dan RSF. – AFP

