Rampasan kapal tangki: Sekutu Venezuela sokong Presiden Maduro

VENEZUELA, 15 Disember – Sekutu serantau Venezuela menyuarakan sokongan terhadap kerajaan Presiden, Nicolas Maduro dalam sidang kemuncak maya blok ALBA pada Ahad, mengutuk rampasan kapal tangki minyak Skipper oleh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, minggu lalu.

Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel, menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan lanun yang keji manakala Presiden Nicaragua, Daniel Ortega, menegaskan AS bertindak sebagai pencuri.

Sidang kemuncak itu diadakan secara maya dan disiarkan secara langsung, membabitkan beberapa pemimpin serantau dari Caribbean dan Amerika Latin yang tergabung dalam blok ALBA.

Rampasan kapal tangki itu berlaku di perairan Venezuela pada Rabu lalu, menandakan kali pertama AS merampas kargo minyak Venezuela sejak sekatan AS dikenakan pada 2019.

Kesan rampasan itu dijangka memberi impak besar ke seluruh rantau, dengan eksport minyak Venezuela merosot secara mendadak, manakala Cuba, yang sudah menghadapi tekanan untuk menjana bekalan elektrik, berisiko kehilangan sumber bekalan minyak. -REUTERS

ARTIKEL BERKAITAN: