PBB kecam serangan Pantai Bondi, Sydney

NEW YORK, 16 Disember – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengecam keras serangan yang berlaku di Pantai Bondi, Sydney, pada Ahad lepas.

Menurut Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq, Australia mula berkabung susulan insiden tembakan beramai-ramai terburuk dalam tempoh hampir 30 tahun, selepas polis menuduh seorang bapa dan anak lelakinya menembak mati 15 orang ketika kejadian itu.

Terdahulu, menurut polis, penyerang berusia 50 tahun maut ditembak di lokasi kejadian, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang, manakala anak lelakinya berusia 24 tahun berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek melepaskan tembakan rambang antara 10 hingga 20 minit, mengorbankan lelaki, wanita dan kanak-kanak, ketika pengunjung pantai bertempiaran melarikan diri.

Seramai 40 orang dikejarkan ke hospital, termasuk dua anggota polis dalam keadaan serius tetapi stabil.-REUTERS