NEW YORK, 9 Disember – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Kemboja dan Thailand mengelakkan konflik daripada bertambah buruk.
Gesaan dibuat selepas pertempuran yang tercetus semula di sempadan yang dipertikaikan memaksa ribuan orang melarikan diri.
Guterres menerusi jurukapnya, Stephane Dujarric menggesa kedua-dua pihak untuk meredakan ketegangan, sambil mendesak dua negara berjiran itu supaya kembali mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dirundingkan awal tahun ini.
Di Brussels, Kesatuan Eropah (EU) turut menyeru Thailand dan Kemboja kembali melaksanakan perjanjian damai yang dipersetujui sebelum ini.
“Insiden berbalas tembakan antara kedua-dua negara itu merupakan peningkatan permusuhan,” kata seorang jurucakap perkhidmatan diplomatik blok berkenaan.
“EU menyeru kedua-dua negara agar mematuhi Deklarasi Bersama yang ditandatangani pada 26 Oktober,” katanya. -AFP

