KUALA LUMPUR, 13 Disember – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas bantuan beliau memudah cara konflik Kemboja-Thailand.
Menerusi perkongsian di Truth Social, Trump berkata Kemboja-Thailand bersetuju menghentikan sepenuhnya tembakan berkuat segera dan kembali mematuhi Perjanjian Damai yang dimeterai di Malaysia.
Jelas Trump, Thailand-Kemboja kini bersedia untuk mencapai keamanan serta meneruskan perdagangan dengan AS.
“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, berhubung konflik antara kedua-dua negara berkenaan.
“Insiden bom tepi jalan yang pada asalnya mengorbankan dan mencederakan beberapa anggota tentera Thailand adalah satu kemalangan, namun Thailand tetap bertindak balas dengan tegas.
“Saya berasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Anutin dan Hun bagi meredakan isu ini, yang berpotensi berkembang menjadi konflik berskala besar antara dua negara yang sebelum ini aman dan makmur,” katanya.

