THE HAGUE, 10 Disember – Mahkamah Jenayah Antarabangsa, (ICC) menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap seorang ketua militia Sudan, atas pertuduhan jenayah perang serta jenayah kemanusiaan yang dilakukannya ketika perang saudara, dua dekad lepas.
Ali Muhammad Ali Abd-Al-Rahman yang juga dikenali sebagai Ali Kushayb, 76 tahun sebelum ini, disabitkan bersalah atas 27 pertuduhan termasuk rogol, bunuh dan penyeksaan.
Mahkamah mendapati tertuduh telah mengambil bahagian secara ‘aktif’ dalam pelbagai jenayah perang sepanjang konflik berkenaan.
Malah, tertuduh turut didapati telah mengeluarkan arahan pelaksanaan hukuman mati.
“Berdasarkan keterangan mangsa, mereka telah melalui hari-hari yang sukar dengan tiada bantuan perubatan serta rawatan diberi serta dihukum tanpa belas kasihan,”kata Koroner.
Dan, ketika hukuman dibacakan, tertuduh tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Hukuman yang dijatuhkan itu mengambil kira faktor tertuduh yang menyerah diri secara sukarela, usia tertuduh serta kelakuan baik sepanjang dalam tahanan. – AFP

