Indonesia-Singapura tandatangani perjanjian ekstradisi dua hala

FOTO REUTERS

PULAU BINTAN, 25 JanuariIndonesia dan Singapura menandatangani perjanjian ekstradisi dua hala.

Perjanjian dimeterai, susulan pertemuan antara Presiden Joko Widodo dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam pemukiman tahunan kedua-dua pemimpin itu di sini.

Langkah itu akan membolehkan pihak berkuasa kedua-dua negara mengheret individu yang melarikan berbilion-bilion wang ke luar negara ke muka pengadilan.

Menerusi perjanjian tersebut, mereka yang terbabit dengan 31 jenis jenayah akan diektradisi.

Penjenayah tidak lagi boleh melarikan diri dengan menukar kewarganegaraan.-REUTERS