AOMORI, 12 Disember -Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud menggegarkan wilayah timur laut Jepun pada pagi Jumaat.
Rakaman kamera litar tertutup dari empat bandar, Aomori, Hachinohe, Morioka dan Urakawa menunjukkan gegaran kuat ketika kejadian.
Gempa itu berlaku pada kira-kira 11.44 pagi (waktu tempatan), di luar pesisir wilayah Aomori pada kedalaman 20 kilometer.
Gegaran ini berlaku hanya beberapa hari selepas gempa berukuran 7.5 magnitud, melanda kawasan sama pada Isnin.
Kerajaan Jepun kemudian mengeluarkan amaran kepada penduduk kemungkinan berlakunya gegaran susulan dalam tempoh seminggu.
Setakat ini, tiada laporan kerosakan besar atau amaran tsunami dikeluarkan pihak berkuasa. -REUTERS

