TOLUCA,16 Disember – Sebuah jet peribadi jenis Cessna Citation III bernombor pendaftaran XA-PRO terhempas pada Isnin (15 Disember) di tengah Mexico, mengorbankan enam orang.
Menurut laporan awal Pihak Berkuasa Perlindungan Awam Mexico, pesawat tersebut dilaporkan berlepas dari Acapulco menuju ke Toluca, membawa lapan penumpang dan dua anak kapal.
“Kebakaran yang tercetus akibat nahas itu telah berjaya dipadamkan, manakala kerja-kerja pembersihan serpihan masih diteruskan di lokasi kejadian, ” kata pihak berkuasa.
Orang awam dinasihatkan supaya menjauhi kawasan nahas bagi membolehkan operasi keselamatan dan siasatan dijalankan dengan lancar.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa berkaitan.-REUTERS

