BRITISH COLUMBIA, 16 Disember – Beberapa kawasan di sini menghadapi risiko banjir susulan hujan lebat berterusan dan suhu sejuk yang menyebabkan paras air sungai semakin meningkat.
Menurut laporan penyiar CBC, Environment Canada mengeluarkan amaran hujan tahap jingga bagi kawasan barat dan tengah Lembah Fraser, termasuk Abbotsford dan Chilliwack, serta Lembah Skagit, dengan jangkaan hujan turun sehingga 80 milimeter di kawasan tanah tinggi.
“Amaran tahap jingga menandakan keadaan cuaca buruk yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar atau gangguan ketara,” lapor CBC.
Terdahulu, Abbotsford, yang telah dilanda banjir baru-baru ini menyebabkan jentera pertanian dan beberapa jalan utama masih ditenggelami air. Puluhan hartanah juga masih berada di bawah arahan atau amaran pemindahan, termasuk ladang pertanian yang terjejas akibat banjir.-REUTERS

