China salur geran dua billion yuan kepada negara anggota SCO

TIANJIN, China, 1 September- Presiden China Xi Jinping pada Isnin berikrar untuk menyalurkan geran berjumlah 2 bilion yuan (kira-kira US$281 juta) kepada negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) tahun ini, lapor Xinhua.

Xi membuat kenyataan itu ketika berucap pada Mesyuarat ke-25 Majlis Ketua-Ketua Negara SCO yang berlangsung di bandar pelabuhan Tianjin.

Selain itu, China juga akan menyalurkan pinjaman tambahan bernilai 10 bilion yuan kepada bank-bank anggota Konsortium Antara Bank SCO dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Xi.

Menurut beliau, jumlah stok pelaburan China di negara anggota SCO lain melebihi AS$84 bilion, manakala perdagangan dua hala dengan negara anggota SCO kini mencecah lebih AS$500 bilion setiap tahun. -BERNAMA-XINHUA