Afghanistan perluas rakan dagangan selepas ketegangan dengan Pakistan

ARGHANDAB, 21 November – Afghanistan sedang berusaha mempelbagaikan rakan dagangannya selepas pertembungan sempadan maut dengan Pakistan bulan lalu.

Ia menjadikan hubungan kedua-dua negara pada tahap paling rendah dalam beberapa tahun, sekali gus menjejaskan rakyat di kedua-dua sisi sempadan.

Peniaga buah, Ahmad Shah memaklumkan,
penutupan sempadan telah menjejaskan peniaga buah sekali gus menyebabkan sebahagian besar hasil jualan mereka rosak sebelum sempat dipasarkan.

“Mereka kata rundingan sedang berjalan, tetapi pintu itu sudah ditutup lebih 30 hari. Buah ini bukan besi. Ia rosak selepas 30 hari,” katanya.

Sementara itu, bagi Timbalan Ketua Dewan Perniagaan Kandahar, Abdul Baqi Bin berkta, walaupun penutupan laluan sempadan memberi kesan besar kepada peniaga buah di sini, mereka berusaha beberapa laluan eksport alternatif.

“Berita baiknya, dengan penutupan laluan ini, kami telah menemui beberapa laluan alternatif, termasuk melalui Russia. Negara-negara lain juga telah menawarkan laluan dan menyatakan kesediaan untuk menandatangani kontrak dengan kami bagi penjualan delima semasa musim delima dan anggur semasa musim anggur,” katanya.

Negara itu terperangkap dalam pertikaian yang semakin tegang sejak Taliban mengambil alih Kabul pada 2021.