6 pengaman PBB Bangladesh terkorban dalam serangan dron di Sudan

PORT SUDAN, 14 Disember -Enam anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Bangladesh terkorban manakala lapan lagi cedera dalam satu serangan dron di wilayah Kordofan Selatan, Sudan pada Sabtu.

Misi Keselamatan Sementara PBB untuk Abyei(UNISFA) memaklumkan semua mangsa adalah dari Bangladesh.

Pemimpin sementara Bangladesh, Muhammad Yunus, dalam satu kenyataan berkata beliau “sangat berdukacita” dalam insiden itu,

Beliau meminta PBB memastikan kakitangan negaranya mendapat sokongan kecemasan yang diperlukan dan menegaskan, Kerajaan Bangladesh akan bersama keluarga mangsa dalam saat sukar ini.”

Kementerian Luar Bangladesh turut menyatakan mengecam sekeras-kerasnya serangan tersebut.

Seorang saksi berkata, mangsa yang terbunuh dalam pengeboman di ibu pejabat PBB ketika mereka berada di dalam bangunan. – AFP