377 sekolah di Kemboja ditutup ekoran konflik sempadan

PHNOM PENH, 9 Disember – Kerajaan Kemboja pada Isnin berkata sebanyak 377 sekolah di wilayah sempadan telah ditutup susulan konflik sempadan yang berterusan dengan Thailand, lapor Xinhua.

“Penutupan ini menjejaskan 78,585 pelajar dan 3,197 guru,” menurut Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan dalam hantaran di laman Facebook rasminya.

Wilayah utama yang terjejas ialah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Banteay Meanchey. -BERNAMA-XINHUA