JAKARTA, 15 November – Sekurang-kurangnya 11 terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang melanda tiga kampung di Jawa Tengah.
- 11 orang maut akibat tanah runtuh melanda tiga kampung di Jawa Tengah.
- 12 individu masih dilaporkan hilang, usaha mencari sedang giat dijalankan.
- Hujan lebat dipercayai punca, beberapa rumah ditimbus dan rosak teruk.
- Lebih 700 anggota termasuk tentera, polis dan sukarelawan terlibat dalam operasi menyelamat.
Pasukan penyelamat kini sedang giat mencari 12 individu lain yang dilapor masih hilang.
Tanah runtuh yang berlaku akibat hujan lebat telah menimbus beberapa rumah dan merosakkan kediaman yang lain.
Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, Muhammad Abdullah ketika memaklumkan kepada AFP berkata lebih 700 anggota termasuk pasukan tentera, polis serta sukarelawan terlibat dalam operasi itu.
Sebelum ini, jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional Indonesia melaporkan dua mayat telah ditemukan pada Khamis.
Manakala satu mayat pada Jumaat dan 8 lagi pada Sabtu.
Awal bulan ini, banjir kilat dan tanah runtuh di lokasi terpencil di Papua telah mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang. – AFP

