- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
SONG, 7 Disember – Program Kampung Angkat MADANI di Rumah Panjang Nanga Engkuah di daerah Song, berjaya mengubah lanskap pembangunan fizikal di tiga buah rumah panjang di kawasan tersebut. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, menerusi projek berkenaan ia membawa pembangunan menyeluruh dengan hanya empat lokasi dipilih di Sarawak pada tahun 2024. […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Jabatan Imigresen sedia bekerjasama dengan Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) bagi memperkukuh agenda reformasi jabatan menerusi penyampaian maklumat yang bertanggungjawab kepada masyarakat. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dalam kenyataan berkata penubuhan CiJA memberi nilai tambah kepada ekosistem pelaporan isu jenayah serta urusan imigresen, sekali gus membolehkan masyarakat memperoleh gambaran lebih […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
LIMBANG, 7 Disember – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk ke kebun durian di Kampung Merasam Darat Limbang sejak semalam (Sabtu). Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa Renggi Minggat 70 tahun difahamkan keluar dari rumah pukul 7.30 pagi dan gagal pulang ke rumah sehingga hari […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Perdana Menteri memberi bayangan bahawa rombakan kecil akan dilakukan bagi mengisi kekosongan dalam kabinet kerajaan. Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun beberapa individu yang bersesuaian telah disenarai pendek, namun setakat ini ia belum dirujuk dengan mana-mana ketua parti. “Saya sedang memikirkan perihal ini tanpa terburu-buru. Saya perlu merenung dan belum […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 7 Disember – Pavilion Al-Falah yang menghimpunkan kesemua 14 agensi agama terus menjadi tumpuan pengunjung pada hari terakhir program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini. Sekitar tengah hari tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengadakan lawatan meninjau gerak kerja dilakukan setiap […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Suruhanjaya Tenaga (ST) komited menyokong peralihan negara ke arah tenaga boleh baharu (TBB) serta meningkatkan kecekapan tenaga menerusi pelbagai langkah strategik. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Safinah Salleh memaklumkan, fokus utama ST adalah memperkukuh kecekapan tenaga dalam proses peralihan tenaga. “Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga memastikan semua pengguna tenaga besar mematuhi […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Pengukuhan ketara ringgit kebelakangan ini didorong oleh gabungan beberapa faktor domestik yang semakin kukuh, bukan hanya kesan langsung daripada penyusutan dolar Amerika Syarikat (USD) semata-mata. Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi menerusi satu hantaran di platform X, beliau berkata persoalan mengenai faktor yang mendorong pengukuhan ringgit […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menarik nafas lega susulan keputusan kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta bermula tahun hadapan. Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng berkata, langkah itu sejajar dengan cadangan awal persatuan itu yang mahu peniaga dengan jualan tahunan […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
CYBERJAYA, 6 Disember – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencatatkan peningkatan hasil jualan berjumlah RM22.4 juta melalui pelaksanaan Program Bimbingan INSKEN 2025. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, program kapasiti pembangunan itu juga berjaya mewujudkan lebih 700 peluang pekerjaan baharu, selain menaik taraf kemahiran […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 6 Disember– Penyertaan dan sokongan daripada institusi kewangan amat penting bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 (SIR2035), terutamanya dalam menyelaraskan transisi hijau industri keluli. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata industri keluli merupakan tulang belakang ekosistem perindustrian Malaysia dengan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan kepada sektor-sektor […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sekeping cakera padat (CD) pada Sabtu (6 Disember) daripada ahli keluarga salah seorang suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka. CD berkenaan dipercayai mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara suspek dan isterinya sebelum kejadian berlaku. Terdahulu, pada 3 Disember lalu, […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
BALIK PULAU, 7 Disember – Seorang warga emas berusia 60 tahun ditahan selepas disyaki terbabit kegiatan mencuri arus elektrik bagi perlombongan bitcoin di beberapa premis sekitar Jalan Ayer Putih, malam tadi. Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Anuwal Ab Wahab ketika mengesahkan penahanan itu berkata serbuan dijalankan sepasukan anggota polis bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 6 Disember – Seorang akauntan wanita berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM916,700 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh 24 jam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata mangsa yang berusia 55 tahun tertarik dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus, dan telah […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 6 Disember -Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini. Penahanan supek yang berusia 20-an hingga 40-an itu, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan berkata, tangkapan itu merupakan hasil […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
NIBONG TEBAL, 5 Disember– 30 individu termasuk remaja bawah umur mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Pulau Pinang. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada 8 individu yang mengaku bersalah dan […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
PORT SUDAN, 7 Disember -Puluhan orang awam termasuk kanak-kanak terbunuh selepas sebuah hospital dan tadika di bandar Kalogi diserang dron disyaki oleh kumpulan Rapid Support Forces (RSF). Serangan yang berlaku pada Khamis itu melibatkan tiga gelombang serangan, kata ketua unit pentadbiran Kalogi, Essam al-Din al-Sayed, kepada AFP. UNICEF melaporkan lebih daripada 10 kanak-kanak berusia antara […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
ISTANBUL, 7 Disember – Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Sabtu berkata perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza tidak akan lengkap tanpa merangkumi Tebing Barat, lapor Anadolu Ajansi. Bercakap pada sesi panel di Forum Doha 2025, Sheikh Mohammed berkata, Qatar komited terhadap kestabilan rantau Timur Tengah dan melihatnya sebagai komponen penting […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
BATANG TORU, 7 Disember – Penduduk sekitar bandar Batang Toru kini kembali ke kediaman masing-masing bagi membersihkan rumah mereka daripada lumpur dan serpihan akibat banjir. Bencana banjir dan tanah runtuh hampir memusnahkan bandar tersebut dan beberapa daerah lain, selain mengorbankan lebih 900 nyawa di seluruh kepulauan Sumatera. Menurut data kerajaan, 274 individu masih belum ditemukan. […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
ISTANBUL, 7 Disember – Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty pada Sabtu menggesa agar pasukan penstabilan antarabangsa dikerahkan “secepat mungkin” di sepanjang kawasan yang dikenali sebagai “garisan kuning” di Gaza bagi mengesahkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, lapor Anadolu Ajansi. Beliau menyatakannya ketika Israel terus menduduki lebih 50 peratus wilayah Gaza di bawah perjanjian […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
CHAMAN, 7 Disember – Puluhan orang terkandas di sempadan Pakistan-Afghanistan apabila pintu sempadan kedua-dua negara ditutup. Ia susulan kejadian berbalas tembakan yang berlaku di sepanjang kawasan tersebut. Menurut seorang pelarian warga Afghanistan, Abdul Ali, kejadian berbalas tembak itu turut dikesan berhampiran pintu pagar menuju lintasan sempadan. Beliau terpaksa berlindung di sebuah gudang dengan meninggalkan segala […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
SEPANG, 7 Disember – Aksi konsisten serta ketahanan jentera yang mantap membolehkan pasukan Malaysia kendalian Douglas Khoo bersama rakan sepasukan, Dominic Ang dan Melvin Moh menamatkan perlumbaan Michelin 12 Hours Sepang di kedudukan P3 bagi kelas GT3-AM, meskipun berdepan isu teknikal dan penalti masa. Douglas ketika ditemui selepas tamat perlumbaan berkata cuaca panas selain beberapa […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
LIVERPOOL, 7 Disember– Mohamed Salah meluahkan rasa terpinggir selepas diletakkan di bangku simpanan ketika Liverpool terikat 3-3 dengan Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. Pemain berusia 33 tahun itu menuduh kelab dan ketua jurulatih, Arne Slot, menjadikan dirinya sebagai punca kejatuhan prestasi pasukan pada awal musim. Salah, yang telah menjaringkan 250 gol […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
FLORIDA, 7 Disember– Inter Miami merangkul kejuaraan MLS Cup pertama mereka selepas menewaskan Vancouver Whitecaps 3-1 di Stadium Chase pada Sabtu (6 Disember). Kemenangan itu hasil jaringan lewat Rodrigo De Paul dan Tadeo Allende yang masing-masing disempurnakan daripada dua bantuan jaringan Lionel Messi. Walaupun Thomas Mueller menjadi penggerak utama Vancouver yang menguasai permainan dan mencipta […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
LONDON, 7 Disember– Aston Villa menamatkan rekod tanpa kalah Arsenal yang berlangsung 18 perlawanan sekali gus menghangatkan perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan 2-1, manakala Manchester City memanfaatkan situasi itu dengan menewaskan Sunderland 3-0 untuk merapatkan jurang kepada dua mata, aksi yang berlangsung pada Sabtu. Dalam masa Arsenal dan City terus bersaing rapat […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
MELAKA, 7 Disember – Melaka FC (MFC) tampil dengan aksi luar biasa selepas berjaya mencatat kemenangan sulung Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 malam tadi di Stadium Hang Jebat, Krubong. Keputusan terbabit dibantu kecemerlangan penyerang import dari Brazil, Juan Douglas yang meledak dua jaringan untuk membenam hasrat NSFC yang mengintai kemenangan. Mata pertama […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
Iklan/Banner