- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
LIMBANG, 7 Disember – Seorang lelaki warga emas, Renggi Minggat, 70 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemui selamat petang tadi. Renggi Minggat mendakwa, dia mengekori jejak seorang ‘wanita cantik’ sebelum tersesat lebih 10 kilometer dalam kebun durian. Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, lelaki dari Kampung Merasam Darat ditemui dalam keadaan lemah […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 7 Disember – Sebanyak 19 perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah dipersetujui setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 berkata ia termasuk penyerahan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri menerusi Majlis Tenaga Sabah. “Walaupun diserah kuasa, namun kerajaan Persekutuan […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
TATAU, 7 Disember – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau melakukan operasi pencarian susulan seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kolam di kawasan Simpang Rumah Kiroh Anak Bali, Tatau petang tadi. Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.18 petang. […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
NIBONG TEBAL, 7 Disember – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan semua agensinya mematuhi prosedur yang ditetapkan secara ketat dalam mengendalikan hal-hal disiplin melibatkan penjawat awam. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri berpegang teguh bahawa integriti penjawat awam kekal menjadi keutamaan tertinggi dan semua agensi mematuhi prosedur yang ditetapkan. “Saya rasa kerajaan […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 7 Disember – Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang berakhir hari ini menerima sambutan luar biasa dengan kehadiran hampir 400,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya, melebihi sasaran awal 300,000 orang. Program berskala nasional anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) itu menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama beberapa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) komited menerajui inisiatif 10 Juara Bumiputera di bawah program reformasi GEAR-UP, sebahagian daripada agenda Ekonomi MADANI. Dalam kenyataannya, PNB berkata, program strategik tersebut menyasarkan melahirkan 10 syarikat Bumiputera, masing-masing dengan nilai pasaran atau nilai perusahaan sekurang-kurangnya RM500 juta dalam […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Suruhanjaya Tenaga (ST) komited menyokong peralihan negara ke arah tenaga boleh baharu (TBB) serta meningkatkan kecekapan tenaga menerusi pelbagai langkah strategik. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Safinah Salleh memaklumkan, fokus utama ST adalah memperkukuh kecekapan tenaga dalam proses peralihan tenaga. “Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga memastikan semua pengguna tenaga besar mematuhi […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Pengukuhan ketara ringgit kebelakangan ini didorong oleh gabungan beberapa faktor domestik yang semakin kukuh, bukan hanya kesan langsung daripada penyusutan dolar Amerika Syarikat (USD) semata-mata. Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi menerusi satu hantaran di platform X, beliau berkata persoalan mengenai faktor yang mendorong pengukuhan ringgit […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menarik nafas lega susulan keputusan kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta bermula tahun hadapan. Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng berkata, langkah itu sejajar dengan cadangan awal persatuan itu yang mahu peniaga dengan jualan tahunan […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
CYBERJAYA, 6 Disember – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencatatkan peningkatan hasil jualan berjumlah RM22.4 juta melalui pelaksanaan Program Bimbingan INSKEN 2025. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, Datuk Mustaffa Kamil Ayub berkata, program kapasiti pembangunan itu juga berjaya mewujudkan lebih 700 peluang pekerjaan baharu, selain menaik taraf kemahiran […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sekeping cakera padat (CD) pada Sabtu (6 Disember) daripada ahli keluarga salah seorang suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka. CD berkenaan dipercayai mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara suspek dan isterinya sebelum kejadian berlaku. Terdahulu, pada 3 Disember lalu, […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
BALIK PULAU, 7 Disember – Seorang warga emas berusia 60 tahun ditahan selepas disyaki terbabit kegiatan mencuri arus elektrik bagi perlombongan bitcoin di beberapa premis sekitar Jalan Ayer Putih, malam tadi. Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Anuwal Ab Wahab ketika mengesahkan penahanan itu berkata serbuan dijalankan sepasukan anggota polis bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 6 Disember – Seorang akauntan wanita berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM916,700 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh 24 jam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata mangsa yang berusia 55 tahun tertarik dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus, dan telah […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 6 Disember -Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini. Penahanan supek yang berusia 20-an hingga 40-an itu, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan berkata, tangkapan itu merupakan hasil […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
NIBONG TEBAL, 5 Disember– 30 individu termasuk remaja bawah umur mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Pulau Pinang. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada 8 individu yang mengaku bersalah dan […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
TEHRAN, 7 Disember -Iran pada Ahad melaksanakan hukuman mati terhadap dalang skim pelaburan berskala besar yang menipu puluhan ribu orang melalui rangkaian pembelian kereta, menurut kenyataan pihak kehakiman. Portal kehakiman Mizan Online melaporkan pemilik syarikat Rezaayat Khodro Taravat Novin,Mohammad Reza Ghaffari, dihukum gantung selepas Mahkamah Agung mengekalkan hukuman mati ke atasnya atas kesalahan “menggugat sistem […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
COLOMBIA, 7 Disember -Pihak berkuasa Sri Lanka pada Ahad mengeluarkan amaran baharu tanah runtuh ketika hujan berterusan melanda kawasan yang telah musnah akibat taufan kuat, dengan angka korban meningkat kepada 618 orang. Rangkaian ribut tropika dan hujan monsun sejak dua minggu lalu telah melanda Asia Tenggara dan Asia Selatan, mencetuskan tanah runtuh, banjir besar dan […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
MANILA, 7 Disember –Filipina kini berdepan epidemik virus kurang daya tahan manusia (HIV) yang meningkat paling cepat di rantau Asia Pasifik, dengan purata 61 rakyat negara itu disahkan menghidap HIV setiap hari tahun ini, naik 22 peratus berbanding tahun lepas, sekali gus mencetuskan desakan mendesak untuk tindakan nasional yang lebih tegas, lapor Xinhua. Pertubuhan Kesihatan […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
PORT SUDAN, 7 Disember -Puluhan orang awam termasuk kanak-kanak terbunuh selepas sebuah hospital dan tadika di bandar Kalogi diserang dron disyaki oleh kumpulan Rapid Support Forces (RSF). Serangan yang berlaku pada Khamis itu melibatkan tiga gelombang serangan, kata ketua unit pentadbiran Kalogi, Essam al-Din al-Sayed, kepada AFP. UNICEF melaporkan lebih daripada 10 kanak-kanak berusia antara […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
ISTANBUL, 7 Disember – Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Sabtu berkata perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza tidak akan lengkap tanpa merangkumi Tebing Barat, lapor Anadolu Ajansi. Bercakap pada sesi panel di Forum Doha 2025, Sheikh Mohammed berkata, Qatar komited terhadap kestabilan rantau Timur Tengah dan melihatnya sebagai komponen penting […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
DOHA, 7 Disember – Jurulatih pasukan bola sepak Palestin, Ehab Abu Jazar, menggalas harapan dan kesedihan rakyat Palestin di pentas antarabangsa, namun sumber kekuatan utamanya datang daripada ibunya yang kini tinggal di dalam khemah di Gaza akibat peperangan. Perang yang tercetus sejak Oktober 2023 telah menghentikan liga bola sepak Palestin dan menyebabkan ramai atlet terpaksa […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA NERUS, 7 Disember – Penyerang import pasukan Terengganu FC (TFC) Yann Mabella akan pulang ke Perancis bagi menjalani rawatan lutut. Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFCSB) Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Balraj berkata pemain berusia 29 tahun itu disahkan mengalami kecederaan meniskus dan ligamen kolateral medial (MCL) kronik yang memerlukan rawatan khusus serta pemantauan […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Skuad badminton wanita negara mengesahkan sekurang-kurangnya satu pingat di Sukan SEA Thailand yang berlangsung di Bangkok selepas mara ke separuh akhir acara berpasukan dengan menumpaskan Vietnam 3-1, pada Ahad. Beraksi di Universiti Thammasat, pasukan kebangsaan tidak bermula dengan baik apabila pemain perseorangan pertama, K Letshanaa, tewas kepada Nguyen Thuy Linh […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 7 Disember – Pasukan hoki ais lelaki dan wanita negara menetapkan sasaran realistik pada penampilan mereka di temasya Sukan SEA 2025 di Thailand kali ini. Skuad wanita yang membuat penampilan sulung di temasya dwitahunan itu, kini mempergiatkan persiapan demi mencapai sasaran membawa pulang pingat perak. Kapten pasukan wanita kebangsaan Kimberly Wan Mei Wah […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
SEPANG, 7 Disember – Aksi konsisten serta ketahanan jentera yang mantap membolehkan pasukan Malaysia kendalian Douglas Khoo bersama rakan sepasukan, Dominic Ang dan Melvin Moh menamatkan perlumbaan Michelin 12 Hours Sepang di kedudukan P3 bagi kelas GT3-AM, meskipun berdepan isu teknikal dan penalti masa. Douglas ketika ditemui selepas tamat perlumbaan berkata cuaca panas selain beberapa […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
Iklan/Banner