Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
KPKT siap 100 RUKOM, transformasi kawasan terbiar jadi tempat riadah
Berita ringkas ini dijana oleh AI

IPOH, 6 Disember – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyiapkan 100 ruang komuniti (RUKOM) dengan menukar kawasan terbiar menjadi tempat riadah dan pembelajaran di seluruh negara. Menterinya, Nga Kor Ming, berkata usaha selama dua tahun ini berjaya memperbaiki keadaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah yang sebelum ini kotor serta tidak terurus. […]

RTM sentiasa teroka kaedah penyampaian, perkhidmatan efisien
Berita ringkas ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 6 Disember – Reformasi dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan penting bagi memastikan pegawai awam sentiasa bersedia mendepani cabaran baharu, sekali gus menguasai kemahiran dan memimpin perubahan masa hadapan. Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, RTM sentiasa mencari kaedah terbaharu bagi memastikan penyampaian serta perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan. “Kita telah pun mempraktikkannya di […]

MA63 diteruskan, 11 perkara telah diputuskan – PM
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KOTA KINABALU, 6 Disember – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan diteruskan. Menurut beliau, setakat ini sebanyak 11 perkara telah diputuskan, manakala beberapa perkara lain masih dalam peringkat perbincangan. Antara perkara yang sedang diperhalusi termasuk pindaan undang-undang […]

30,000 unit RMMJ siap menjelang tahun hadapan
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KULAI, 6 Disember – Sebanyak 30,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) secara keseluruhan dijangka siap dibina menjelang tahun hadapan, dengan harga antara serendah RM50,000 hingga RM300,000 seunit. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, setakat ini sebanyak 20,100 unit telah siap dibina dan diserahkan kepada pembeli, manakala baki […]

Nilai ambang e-Invois dinaikkan kepada RM1 juta, ringankan beban PKS
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KOTA KINABALU, 6 Disember – Nilai ambang pengecualian e-invois dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta mulai tahun depan sebagai langkah kerajaan mengurangkan beban syarikat kecil dan sederhana (PKS). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendengar secara langsung rungutan peniaga kecil mengenai kos melaksanakan sistem tersebut. “Jadi kita kaji dalam […]

SIR2035: Sokongan institusi kewangan penting – MITI
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 6 Disember– Penyertaan dan sokongan daripada institusi kewangan amat penting bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 (SIR2035), terutamanya dalam menyelaraskan transisi hijau industri keluli. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata industri keluli merupakan tulang belakang ekosistem perindustrian Malaysia dengan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan kepada sektor-sektor […]

Mesyuarat FOMC: Faktor data pengaruhi dagangan di Bursa Malaysia
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Prestasi Bursa Malaysia dijangka dipengaruhi oleh data pasaran ketika pelabur membuat persiapan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 9 hingga 10 Disember. Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata perhatian pasaran kini beralih kepada ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai hala tuju […]

Ringgit dijangka stabil minggu depan, didorong jangkaan pengurangan kadar faedah AS
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Ringgit dijangka kekal stabil dan diniagakan dalam julat 4.10 hingga 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh jangkaan pasaran terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed). Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebanyakan peniaga dan pelabur […]

Rizab antarabangsa BNM kekal pada AS$124.1 bilion, setakat 28 November
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 6 Disember– Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$124.1 bilion, setakat 28 November 2025. Jumlah itu kekal daripada nilai rizab antarabangsa setakat 14 November lalu. BNM dalam kenyataan berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. ”Komponen utama […]

Kandungan kreatif, pantas jadi penentu daya saing produk tempatan
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 6 Disember– Perkembangan ekonomi pencipta kandungan kini muncul sebagai trend utama dalam landskap perniagaan digital, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk secara lebih kreatif dan berkesan. Pengerusi KNKV Group, Datuk Seri Dr. Zurainah Musa berkata fenomena itu didorong oleh keperluan untuk bertindak pantas dalam memasarkan produk, selari […]

Akauntan wanita rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham palsu
Berita ringkas ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 6 Disember – Seorang akauntan wanita berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM916,700 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh 24 jam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata mangsa yang berusia 55 tahun tertarik dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus, dan telah […]

Polis tahan lima lelaki, selesai lima kes curi motosikal di Kota Bharu
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KOTA BHARU, 6 Disember -Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini. Penahanan supek yang berusia 20-an hingga 40-an itu, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan berkata, tangkapan itu merupakan hasil […]

30 remaja mengaku bersalah menunggang motosikal secara berbahaya
Berita ringkas ini dijana oleh AI

NIBONG TEBAL, 5 Disember– 30 individu termasuk remaja bawah umur mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Pulau Pinang. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada 8 individu yang mengaku bersalah dan […]

Inkues Zara Qairina: Guru tertekan, takut keluar susulan kecaman netizen
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KOTA KINABALU, 5 Disember – Bekas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa guru-guru sekolah berkenaan tertekan dan takut untuk keluar ke mana-mana susulan ‘serangan’ netizen di media sosial berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir. Asni Marjan, 56, berkata, akibat kecaman […]

Sindiket edar dadah RM13.8 juta tumpas
Berita ringkas ini dijana oleh AI

PETALING JAYA, 5 Disember – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah menerusi dua serbuan berasingan di Selangor dan Perak. Serbuan berjaya merampas dadah jenis syabu dan ketamin serta menyita enam kenderaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM13.9 juta. Pengarah JSJN , Datuk Hussien Omar Khan berkata, turut ditahan enam suspek termasuk […]

Qatar kutuk keengganan Israel berundur dari Gaza
Berita ringkas ini dijana oleh AI

DOHA, 6 Disember – Gencatan senjata yang sudah berlangsung hampir dua bulan di Gaza masih belum boleh dianggap lengkap selagi tentera Israel tidak berundur sepenuhnya daripada wilayah Palestin itu, menurut Perdana Menteri Qatar. Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata pada Sabtu bahawa pelan damai yang disokong Washington dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menuntut pengunduran […]

Ancaman kebuluran ketika hujan lebat terus burukkan banjir di Indonesia
Berita ringkas ini dijana oleh AI

BANDA ACEH, 6 Disember – Hujan lebat dijangka kembali membadai pulau Sumatera pada Sabtu, ketika Gabenor Aceh memberi amaran bahawa angka kematian akibat bencana banjir mungkin meningkat melebihi 883 orang kerana kebuluran. Ribut tropika dan hujan monsun yang melanda Asia Tenggara dan Asia Selatan sejak minggu lalu telah mencetuskan tanah runtuh dan banjir kilat dari hutan […]

Warga Myanmar laksanakan undi awal di Kedutaan Bangkok
Berita ringkas ini dijana oleh AI

BANGKOK, 6 Desember – Sebilangan kecil warga Myanmar di Thailand menjalankan undi awal di Kedutaan Myanmar di Bangkok hari ini, ketika proses pengundian bagi rakyat negara itu di luar negara mula dibuka. Myanmar kini berada di bawah pemerintahan junta selepas rampasan kuasa pada 2021 yang mencetuskan konflik berpanjangan, namun pihak berkuasa tentera bertegas bahawa pilihan […]

Krisis operasi IndiGo: Kerajaan India tangguh peraturan rehat juruterbang
Berita ringkas ini dijana oleh AI

NEW DELHI, 6 Disember – Kementerian penerbangan India pada Jumaat menarik balik dasar baharu mengenai tempoh rehat mingguan untuk para juruterbang susulan kekacauan akibat ratusan pembatalan penerbangan oleh syarikat penerbangan terbesar negara itu, IndiGo. Lapangan terbang di seluruh India kucar-kacir sejak Isnin lepas, dengan syarikat penerbangan swasta itu menyalahkan gangguan tersebut kepada “cabaran operasi yang […]

Australia kenakan sekatan kewangan dan larangan perjalanan ke atas pegawai Taliban
Berita ringkas ini dijana oleh AI

SYDNEY, 6 Disember – Australia pada Sabtu mengenakan sekatan kewangan dan larangan perjalanan ke atas empat pegawai kerajaan Taliban di Afghanistan susulan kemerosotan situasi hak asasi manusia di negara itu, terutamanya bagi gadis dan wanita. Menteri Luar Australia, Penny Wong, berkata pegawai-pegawai tersebut terlibat “dalam penindasan terhadap wanita dan gadis. Jelas Wong, pegawai terbabit juga […]

Piala Dunia 2026 : Perancis bertemu Senegal dalam Kumpulan I
Berita ringkas ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 6 Disember – Perlawanan pertama Perancis di Piala Dunia 2026 bakal menyaksikan mereka menentang Senegal, mengimbau kembali salah satu kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan apabila Senegal mengejutkan juara bertahan pada perlawanan pembukaan edisi 2002. Kumpulan I turut menyaksikan pertembungan antara bintang Perancis, Kylian Mbappe, dan penyerang Norway, Erling Haaland, dalam pertarungan dua pencabar utama […]

Haiti berdepan laluan sukar, dijadual bertemu juara lima kali Piala Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI

HAITI, 6 Disember – Haiti bakal berdepan laluan sukar apabila diundi dalam kumpulan C yang menyaksikan pasukan negara itu apabila dijadual bertemu juara lima kali, Brazil; Maghribi yang mara ke separuh akhir pada edisi 2022; serta Scotland. Ia sekali gus menandakan penampilan kedua negara Caribbean itu di pentas terbesar dunia. Kelayakan Haiti ke Piala Dunia […]

Argentina, Perancis akui cabaran Piala Dunia, AS terima undian selesa
Berita ringkas ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 6 Disember – Undian Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung pada Jumaat menyaksikan pelbagai reaksi daripada pengurus pasukan, dengan Argentina dan Perancis mengakui cabaran kumpulan masing-masing, Uzbekistan melihatnya sebagai peluang pembelajaran, manakala pasukan seperti Panama, Curacao dan Arab Saudi meraikan peluang untuk menonjolkan prestasi mereka di pentas dunia. Piala Dunia 2026 akan membuka tirai […]

Sabah Osca Warriors buru kejuaraan, pertahan rekod cemerlang
Berita ringkas ini dijana oleh AI

LABUAN, 6 Disember – Pasukan Sabah Osca Warriors kembali menjadi tumpuan apabila turun memburu kejuaraan pada Karnival Ragbi Labuan 2025, sekali gus berusaha mengekalkan rekod kecemerlangan yang pernah menyaksikan pasukan itu muncul juara tiga tahun berturut-turut. Kategori Lelaki Terbuka terus menjadi tumpuan apabila Osca Warriors – juara edisi 2024 selepas menewaskan KK Shark 15-3 – […]

Skuad Softball Wanita sedia gempur Bangkok, sasar kekal gangsa
Berita ringkas ini dijana oleh AI

NILAI, 6 Disember – Persiapan skuad Softball ke Sukan SEA Thailand kini berada pada fasa akhir dengan beberapa siri latihan dan pemilihan telah dijalankan sepanjang tahun 2025. Menurut Pengurus pasukan Softball wanita negara Azizul AZrin Mahmor berkata, majoriti pemain yang menyertai pasukan pada tahun ini terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). “Alhamdulillah, setakat ini […]

Odeon KL bangkit sebagai hab seni, muzik dan budaya
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]

Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, bawa misi kemanusiaan
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]

Legenda Cik Siti Wan Kembang diangkat dalam teater muzikal berskala besar
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]

Soloz: Game of Life tembusi pasaran Thailand, bakal tayang di 80 pawagam
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]

Tayangan ‘Childhood Dream’ tonjol persahabatan tiga bangsa di TV2, malam ini
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan