- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Penduduk terjejas banjir dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah. Ini bagi mengelakkan ancaman haiwan berbisa. Menurut Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus, kes melibatkan haiwan berbisa menunjukkan peningkatan sepanjang tempoh bencana ini. “Apabila mereka pulang dari pusat […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KANGAR, 2 Disember -Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) melaksanakan Program Khidmat Masyarakat bagi membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas banjir di Perlis sejak 23 November lalu. Program awal melibatkan 26 rumah sekitar Kangar dan Padang Besar. Yang Dipertua MPKangar, Affendi Rajini Khan berkata, usaha itu disertai 30 pegawai dan kakitangan MPKangar bersama komuniti setempat. “Tumpuan diberikan […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – DAP Sabah memutuskan untuk tidak mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan Sabah. Keputusan itu diambil Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Beliau berkata walaupun tidak berada dalam struktur kerajaan negeri, pemimpin DAP Sabah akan terus berkhidmat secara aktif kepada rakyat di negeri itu dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat. “Pucuk pimpinan parti akan […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KANGAR, 2 Disember – Situasi banjir di Perlis kian pulih dengan jumlah penduduk yang masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus berkurangan kepada 1,351 orang daripada 384 keluarga sehingga pukul 8 pagi ini dengan 18 PPS ditutup dan hanya enam masih aktif. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai jumlah terkini hutang negara serta audit dalaman yang dilaksanakan terhadap pegawai-pegawai menteri. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Syahredzan Johan (PH-Bangi) meminta Perdana Menteri menyatakan prinsip kerajaan dalam mengurangkan pinjaman baharu dan memperincikan strategi pembayaran hutang bagi menjamin hutang negara […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini meskipun prestasi lemah di Wall Street, disokong oleh pengukuhan ringgit yang terus meningkatkan sentimen pelabur. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.38 mata mewakili 0.45 peratus kepada 1,631.95 daripada paras 1,624.57 ketika ditutup pada Isnin. Indeks itu dibuka 2.50 mata […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk getah sekerap dan lateks diaktifkan bagi November 2025 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan memaklumkan, bagi getah sekerap, kadar IPG di Semenanjung ditetapkan pada lima sen sekilogram untuk 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) dan 10 sen sekilogram untuk […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan sentimen menghindari risiko menguasai pasaran, dengan para pelabur beralih kepada logam berharga itu menjelang potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) penghujung bulan ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dijadual berlangsung minggu depan. Kontrak bulan semerta Disember […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Bursa Malaysia memulakan bulan terakhir tahun ini dengan kedudukan lebih kukuh apabila indeks utama naik 1.25 peratus ketika ditutup Isnin, didorong oleh aktiviti pemburuan saham murah yang kembali aktif dan pengimbangan semula portfolio hujung tahun oleh pelabur institusi. Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 20.10 mata, […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR , 1 Disember – Suruhanjaya Tenaga (ST) telah meluluskan 5,297 lesen bagi pengoperasian sistem pengecas kenderaan elektrik (EV) setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Safinah Salleh. Menurut belliau, daripada jumlah itu, 3,522 merupakan pengecas arus ulang alik (AC), manakala 1,775 adalah pengecas pantas (DC). Jelasnya, pertumbuhan pemasangan pengecas DC kini meningkat lebih […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
TANAH MERAH, 1 Disember – Kejadian seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya di Kampung Paku, Gual Ipoh, Kelantan, pagi tadi, tidak disedari oleh sesiapa termasuk jiran tetangga. Suspek, 63, dikatakan menikam isterinya Mastura Abdullah,40, di rumah mereka sebelum keluar mengambil anak bongsunya, 10, di sekolah pada pukul 12.00 tengah hari. Adik kepada mangsa, Mohd Jony Abdullah, […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
BUTTERWORTH, 1 Disember – Tiada pegawai kerajaan negeri yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan songsang dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Perai Jaya di sini pada Sabtu lepas, seperti dakwaan yang tular di media sosial. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tiada penjawat awam yang ditahan dalam serbuan […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperkasakan pelaksanaan operasi penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan setiap tindakan yang diambil memberi kesan positif kepada masyarakat, khususnya dalam menangani penularan gejala songsang di ibu negara. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata setiap siasatan perlu diteruskan menggunakan kaedah yang dibenarkan undang-undang bagi memastikan […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Empat lelaki warga Colombia dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memecah masuk dua rumah serta mencuri barang kemas dan wang tunai mata wang asing, dua bulan lepas. Jorge Ivan Cardona Sanchez, 35, Christian Camilo Cortes Sanchez, 32, Oscar Jesus Gonzales Nieto, 30, dan Jhon Pablo […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
PERMATANG PAUH, 1 Disember – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) akan memperhebat operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti jenayah syariah, terutamanya yang melibatkan perlakuan luar tabii. Walaupun mengakui kekangan dari segi bukti kukuh untuk tujuan pendakwaan, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Exco Pembangunan Agama Islam, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid menegaskan, walaupun […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 2 Disember – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan serius terhadap serangan udara yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah bot dari Venezuela yang didakwa membawa dadah haram pada September lalu, dengan menyatakan tindakan itu mungkin melanggar undang-undang antarabangsa. Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth dilaporkan mengarahkan Laksamana Frank Bradley untuk melancarkan beberapa […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Imej satelit yang dirakam pada Ahad (30 November) mendedahkan skala kemusnahan besar akibat banjir didorong siklon yang melanda Indonesia, Thailand dan Sri Lanka. Angka kematian akibat banjir serta tanah runtuh di Indonesia melepasi 600 orang pada Isnin (1 Disember), ketika pasukan penyelamat berusaha membersihkan laluan utama, selain keadaan cuaca yang […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
RIO DE JANEIRO, 2 Disember – Seorang remaja lelaki di Brazil maut dibaham seekor singa betina dalam satu kejadian di Taman Zoobotani Arruda Camara. Remaja berkenaan, Gerson de Melo Machado, 19 tahun menceroboh kandang haiwan berkenaan dengan bertindak memanjat tembok dan pagar keselamatan setinggi enam meter. Mangsa kemudian turun ke dalam kandang menerusi sebatang pokok, […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
JAKARTA, 2 Disember – Tentera Udara Indonesia telah mula menggerakkan pesawat bagi melaksanakan penghantaran bekalan bantuan secara penghantaran udara (airdrop) ke kawasan Sibolga di Sumatera Utara yang masih terputus hubungan akibat kejadian tanah runtuh baru-baru ini, lapor agensi berita ANTARA. “Operasi airdrop menggunakan pesawat pengangkut Hercules milik Tentera Udara. Sistem penurunan helibox pula menggunakan pesawat […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KINSHASA, 2 Disember – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo kini telah berakhir. Ia susulan negara itu tidak mencatatkan sebarang kes baharu selama 42 hari berturut-turut. Wabak tersebut pertama kali di kesan di Wilayah Kasai pada 2022. Kementerian Kesihatan memaklumkan, daripada 64 kes, 45 orang telah meninggal dunia dan 19 […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Bintang skuasy negara, S. Sivasangari, meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Hong Kong 2025 selepas menewaskan pemain England, Lucy Turmel, di Pusat Skuasy Hong Kong hari ini. Pada aksi pusingan pertama itu, Sivasangari meraih kemenangan selesa 3-0 menerusi catatan 11-8, 11-8, 11-9. Pemain nombor tujuh dunia […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) mengumumkan pelantikan Dr Azril Syazwan Mohd Ali sebagai pengarah baharu agensi itu berkuat kuasa hari ini. ADAMAS menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan Dr Azril Syazwan merupakan Pakar Perubatan Sukan dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam, merangkumi perubatan sukan, penjagaan atlet serta pembangunan persekitaran sukan […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Majlis Sukan Negara (MSN) sedang meneliti semula kos susulan pemindahan 10 acara Sukan SEA 2025 dari Songkhla ke Bangkok, berikutan banjir yang menjejaskan wilayah selatan Thailand. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nasir Ali, berkata perubahan lokasi itu pasti memberi impak kepada perbelanjaan keseluruhan kontinjen negara. “Memang dengan […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
TAIPING, 1 Disember – Heritage Ride Taiping menerima penyertaan lebih 2,200 peserta dari seluruh negara dalam acara berbasikal yang mempromosikan gaya hidup sihat dan penyertaan belia. Kayuhan yang dilepaskan pada 7 pagi tadi di Dataran Warisan Taiping itu merangkumi tiga kategori iaitu 90km, 60km dan Kayuhan Santai 20km. Kayuhan tiga kategori itu melalui laluan sekitar […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 1 Disember – Persekutuan Sukan Boules Malaysia (MBSF) optimis membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas menerusi skuad petanque negara pada Sukan SEA Thailand 2025 yang membuka tirai Selasa depan. Pemangku Presiden MBSF, Cheah Ban Cheng, berkata keyakinan itu berdasarkan persiapan rapi atlet serta perkembangan terkini melibatkan pasukan utama rantau ini. Penarikan diri Kemboja […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 30 November – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 28 November – Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 November – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Dharma Harun Al Rashid, atas pemergian pelakon veteran itu pada pukul 9.10 malam tadi. Menurutnya, beliau mengingati Allahyarham sebagai seorang yang berkeperibadian lembut, bersahaja serta dihormati ramai. “Saya berdukacita menerima perkhabaran bahawa seniman Dharma Harun Al Rashid telah kembali […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 25 November– Pelakon veteran, Dharma Harun Al-Rashid meninggal dunia di kediamannya di Wangsa Maju, malam ini. Berita pemergiaan Allahyarham dikongsikan oleh anak keduanya Muhammad Al Syafiq, 36, menerusi satu hantaran di Instagram. “Ayah saya meninggal dunia waktu saya balik tadi, pukul 9.10 malam. Akan diurus di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai,” katanya. […]
Iklan/Banner